Friday, March 7, 2008

Memilih Pemimpin Selari dengan Tuntutan Syarak

Tadi ketika sedang bercakap dengan seorang teman, terpacul dari mulutnya berkata, "takpelah, itu hak kau nak mengundi siapa pun!". Lalu terdetik dihati untuk memperkatakan perkara ini dari sudut Islam pula.

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, dimanakah batasan yang ditetapkan kepada seseorang itu dalam perihal memilih pemimpinnya? Sesungguhnya agama yang disyariatkan oleh Allah dan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W itu telah sempurna akan tetapi kita sebagai umat baginda terlalu jahil dan lalai untuk mengaplikasikan hak-hak Allah dan Rasulullah S.A.W pada setiap aspek disepanjang perjalanan hidup kita.

Kali ini saya cuba mengupas berkenaan memilih pemimpin sempena musim pilihanraya yang sedang hangat berlangsung di bumi Malaysia pada ketika ini. Tajuk saya sebelum ini nampaknya terpaksa saya tangguh dahulu kerana pada ketika ini dirasakan terlalu luas kupasan yang ada dan belum berkesempatan lagi untuk saya menaipkannya disini. InsyaAllah akan saya siapkan nanti...

*** Menurut Abu Ya’la al-Fara bahawa perlantikan Imam merupakan wajib secara syarak dan bukan secara akal kerana akal tidak mengetahui perkara-perkara fardu, harus, halal mahu pun haram. Beliau berdalilkan peristiwa di Saqifah Bani Sa’adah. Berkata Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, berkata al-Nawawi:“Telah bersepakat bahawa wajib melantik ketua negara, dan perlantikan ini wajib secara syarak dan bukan secara akal.” Manakala Muztazilah menyatakan perlantikan ketua negara secara akal.

Menurut Ibn Hazim al-Andalusi dalam al-Fasl fi Milal wa al-Nihal:-

“Bersepakat ahli sunnah, Marji’ah, Syiah, Khawarij atas kewajipan melantik ketua negara. bahawa umat wajib melantik Imam yang adil yang dapat mendirikan hukum-hukum Allah dan mentadbir urusan mereka dengan shariat yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w”.

Berkata Ahmad bin Abdul Mu’iem al-Damanhuri (w.1192) dalam buku al-Naf’u al-Aziz fi Islah al-Sultan wa al-Wazir: “Ketahuilah bahawa penguasa atas urusan manusia adalah fardhu kifayah yang merupakan sangat penting dalam kewajipan agama dan dalam urusan kaum muslimin, malah tidak akan tertegak agama dan dunia tanpanya.”

“ ikutilah orang-orang yang tidak meminta upah dan mereka yang terbimbing dengan hidayah “ ( Yasin :21)



(draf, akan disiapkan nanti... nak kene siapkan keje dulu...)

No comments: